Sunday, October 31, 2010

Jangan Sedih Sahabatku..




Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan bercelarulah fikiran Anda, akan kacaulah semua urusan, dan akan semakin menggununglah kesedihan dan kegundahan diri .. sahabatku...

01.Jangan Bersedih kerana cinta keduniaan... Cinta Allah dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan..

02.Jangan Bersedih bile ditimpa musibah... Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia..

03.Jangan Bersedih kerana kamu banyak berdosa kepada-NYA ... Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas..

04.Jangan Bersedih kerana kelemahan anda... Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri..

05.Jangan Bersedih ... Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha
Esa 


06.Jangan Bersedih bile kamu ditimpa kesusahan... Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan 

07.Jangan Bersedih kerana anda kalah dan tewas dalam perjuangan... Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira 

08.Jangan Bersedih... Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah..

09.Jangan Bersedih... Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya..



Wahai sahabat-sahabat ku, janganlah bersedih, Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi... ALLAH S.W.T tidak suke pade manusia yg mudah putus asa,trutama sekali mereka yg putus asa dgn nikmat dan rahmat -NYA.. berusaha dan berdoa lah kamu kepada YANG MAHA ESA.. Sesungguhnya memohon doa kepada YANG MAHA ESA membuatkan kite rase rendah diri dgn PENCIPTA kite kerana kepada- NYA,kite akan kembali... WALLAHUALLAM ~

3 comments: