Monday, August 2, 2010

NEW REBELLION....

SIAPAKAH BARAT DAN apakah strateginya.. (sumber dipetik dari bacaan saya dalam buku-buku ideologi) 

Dalam mengkaji bagaimana barat berusaha untuk menyerang Islam, kita boleh mengambil beberapa contoh yang disarankan penggunaannya oleh Cheryl Bernard dalam tulisannya (Civil Democratic Islam: Partners, Resources and Strategies, RAND Corporation). Diantaranya adalah isu-isu yang biasa mencetuskan perbincangan hangat dikalangan umat Islam, iaitu demokrasi, Hak Asasi Manusia (HAM), poligami, hukuman hudud, isu minoriti, isu pakaian wanita dan isu suami boleh memukul isteri. Dengan isu-isu inilah keraguan akan dimunculkan dikalangan umat Islam terhadap Fiqh Islam itu sendiri. Sekiranya kita melayari laman web Sisters in Islam (SIS) kita akan dapati isu yang sering diperbincangkan berputar disekitar isu yang sama seperti yang digunakan oleh barat untuk menyerang Islam. Lihatlah sahaja penerbitan mereka - semuanya berputar disekitar isu poligami, rogol isteri, isu meringan-ringankan penutupan aurat, isu suami boleh memukul isteri dan hukum hudud. Kita tidak perlu mengkaji dengan mendalam perjuangan SIS untuk melihat kesamaan perjuangan mereka dengan keinginan barat untuk merendahkan Islam, seperti yang dapat kita baca antara lain didalam tulisan Cheryl Bernard. Mereka yang ‘berjuang’ seperti ini tidak lain tidak bukan merupakan agen, secara sedar atau tidak, kepada ideologi barat dalam usahanya untuk menghancurkan Islam. SIS pada hakikatnya adalah merupakan pejuang ideologi barat yang menempelkan beberapa ayat Al-Quran sebagai dalih penggunaan Islam. 

Barat, dalam melaungkan ‘hak wanita’ sebenarnya telah memanifestasikan sikap hipokrit mereka. Dari statistik yang diuatarakan diatas, jelas menunjukkan bahawa negara yang menjadi kiblat ‘pejuang kebebasan’ ini adalah tidak lebih dari ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul. Sikap hipokrit barat dalam melaung-laungkan slogan membela wanita pada hakikatnya adalah “full of sounds and fury but singnifying nothing". 

Kemunafikan Barat tentang Islam dan isu wanita ini sendiri terlalu banyak, contoh klasik yang boleh dikaji antara lain adalah kisah Lord Cromer ketika beliau bertugas sebagai General Konsul British di Mesir (1883-1907). Cromer amat yakin dengan pandangannya bahawa Islam dan masyarakatnya adalah kolot dan terkebelakang. Beliau begitu keras kritikannya terutama didalam isu wanita dan bagaimana Islam menangani masalah wanita. Bagi beliau, kekerasan Islam dalam memastikan wanitanya menutup aurat dan tidak bergaul secara bebas dengan kaum lelaki merupakan halangan yang paling besar dalam membangkitkan pemikiran orang-orang Mesir. Beliau yakin hanya dengan penerapan nilai-nilai barat; dengan membuka ‘hijab’ wanita, barulah kebangkitan orang-orang Mesir dapat dicapai. Dan apakah yang dilakukan oleh Cromer apabila ia pulang ke Britain? Beliaulah orang yang paling keras menentang hak-hak wanita. Beliau mengetuai Men's League for Opposing Women's Suffrage yang menentang wanita dalam mendapatkan hak mereka untuk mengundi!!! (Leila Ahmed, Women and Gender in Islam: Historical Roots of a Modern Debate) 

Contoh yang lebih kontemporari boleh dilihat didalam kata-kata dan perlakuan Presiden Uncle SAM, George W Bush. Diantara justifikasi beliau dalam menyerang Afghanistan dan Iraq adalah ‘pembebebasan wanita’. Beliau pernah berucap di UN pada September 2002 dengan mengatakan "Respect for women... can triumph in the Middle East and beyond!" (penghormatan keatas wanita...boleh didapatkan di Timur Tengah dan tempat-tempat lain). Beliau menyerang Afghanistan dengan menggunakan ini sebagai salah satu justifikasi, kemudian Iraq ... kita tunggulah samada AS akan menyerang China, kerana polisi satu anaknya yang anti wanita, India kerana kemarahan keatas pembakaran janda dan Britain kerana kadar penghukumannya yang rendah keatas kes-kes rogol....semua atas alasan yang sama – untuk ‘membebaskan wanita’ !!!  KENAPA SEMUA INI BERLAKU TERHADAP AGAMA ISLAM?? ini lah serangan berbentuk psikologi DARI BARAT dalam menakluki pemikiran umat islam,kite sebagai umat islam haruslah sentiasa peka dalam segala aspek.. ANCAMAN ORANG KAFIR LAKNATULLAH DATANG DARI BERBAGAI BENTUK,SAMA ADA PSIKOLOGI,MAHUPUN KEKERASAN DALAM MENINDAS UMAT ISLAM... renungkanlah kawan-kawanku...      

No comments:

Post a Comment